Friday, December 24, 2010

Pokok besar (Pokok Jejawi)

Baru baru ni ada sebuah kawasa paya diterangkan untuk ditanam kelapa sawit, ada sebatang pokok besar, penduduk tempatan panggil pokok jejawi...







tak tau la dah brapa tahun pokok ni... silap silap beratus tahun dah

Tuesday, April 13, 2010

Menmancing dan menjala udang galah





Thursday, August 20, 2009

Aktiviti Menangkap ikan






Aktiviti menangkap ikan menggunakan jaring dan jala (bersampan)


Monday, August 3, 2009

Flora Fauna Of Kampung Gajah




Blog ini adalah mengenai keadaan alam sekitar dan hidupan liar air tawar serta kegiatan menangkap ikan di kawasan
bekas lombong bijih timah di kawasan mukim Kampung Gajah ini. Di sini juga dikumpul seberapa banyak data spesies hidupan liar seperti ikan, burung, mamalia dan lain lain lagi.

Kampung Gajah adalah satu pekan kecil di tepi Sungai Perak di daerah Perak Tengah di mana ia terletak di antara Teluk Intan, Parit dan Batu Gajah. Pasir Salak terletak di sini. Sungai Galah
dahulunya adalah HQ bagi Malaysia Mining Corporation (MMC) melombong bijih timah dengan menggunakan kapal korek dan sekarang telah dijadikan Pusat Latihan UiTM.
Pekan kecil Tanjung Tualang terkenal dengan udang galah juga terletak lebih kurang 20km dari Kg Gajah. Lebih kurang 14km dari sinilah kawasan bekas lombong bijih timah di mana rangkaian lombong ini bertaburan berdekatan Sungai Kinta. Kawasan lombong ini anggaran 200km persegi
Birds Sanctuary juga terletak berdekatan kawasan ini iaitu di Malim Nawar.

Kawasan ini dikatakan syurga bagi pemancing dan penangkap ikan. Kegiatan menangkap ikan oleh nelayan air tawar masih lagi ada hingga ke hari ini. Nelayan di sini biasanya menggunakan sampan kecil (kolek) dan kaedah mereka menangkap ikan adalah dengan memancing, menjala, jaring, rawai, bubu naga dan bubu
tradisional dan lain lain lagi.

Jenis ikan yang banyak terdapat disini adalah diantara :-
Semua jenis ikan banyak tulang seperti:
Cypriniformes : Lampam, Putih, Terubul, Merah Mata , Sebarau, Jelawat, Kap, Tongsan sisik kasar/halus.
Osteoglossiformes : Belida(Besar), Selat(Kecil)
Perciformes : Sneakhead : Haruan, Toman, Bujuk, Puyu.
Sepat Siam, Sepat Ronggeng, Temakang, Kalui,Tilapia, IkanRaja(Peacock Bass)
Siluriformes : Baung Hitam, Putih, Lundu, Patin ,Tapah, Keli,
Synbranchiformes : Belut, Tilan
Eleotrididae : Petutu (Marble Goby)
dan banyak lagi.

Burung : pipit uban, terkukur , merbok, tempua, helang, burung hantu, ayam hutan, dan berbagai lagi
Burung air seperti  raja udang, wak wak, itik belibis, ayam ayam serta berbagai jenis bangau dan pucung.
Reptilia seperti kura kura, labi labi , meriang(biawak), buaya dan ular.
Mamalia seperti beruk serta kera, musang, memerang, babi hutan dan lain lain.




Ikan Raja (Peacock Bass)
































Temakang (Kissing Gouramy)





Rohu















Belida